Aku selalu bersabar dalam mencari apa yang aku idam2kan..sesungguh nya Allah telah menetapkan pada setiap insan di muka bumi itu ada pasangan nya..dan kini aku telah menjumpai nya..ku jua memilihnya maka jadi lah aku seorang pembantu nakhoda yang terbaik..aku akan sentiasa bersabar dalam menempuhi ujian ke pelabuhan yang kekal..taat ..setia..pengorbanan ..kasih sayangku yang tidak akan berbelah bagi pada diri nya..bukan saja keredhaan malah dengan pantas aku akan dpt melintasi jambatan api yang sangat di takuti oleh hamba2 Allah..krn aku mengetahui..di dalam neraka jahanam itu terdapat ramai nya bilangan wanita yang derhaka pada suami nya(iktibar)..semoga aku akan menjadi isteri dan ibu yang solehah..Insya Allah...


emm3

i'M hApPy NoW

Bismillahirrahmanirrahim.....

i was here waiting for my dinner meals.=)huhuhu..dinner hanya dengan makan buger..perut ni masih kenyang dek makan tak henti2 dari siang apa lagi petang tadi keluar jalan-jalan cari makan dengan hubby and waiting is too bad for me, i never like waiting, so take time to blog here maybe the best thing i do rather than waiting.hehehe...

Okey, just to inform, i'm happy now!yups, glad to say that i'm so happy now!tak sabar rasanya nak tunggu saat-saat yang sangat mendebarkan..for the first time 19hb10 ni,tiba la saatnya nak scan baby..subahanAllah..tak sabar rasanya. i felt like jumping heard this wonderful news.

Akisah semasa mengandung
 Alhamdulilah, Maha suci Allah yang memberi penyembuhan bagi setiap kesakitan, kini keadaan  ku semakin pulih. Rasa bersyukur sangat sebab sudah boleh mula makan,walaupun tidak semua makanan boleh masuk tetapi sekurang2nya aku tidak rasa lapar sangat dan pedih perut lagi. Usia kandungan ku kini sudah masuk 3 bulan,alhamdulilah semoga Allah sentiasa melindungi kami berdua.

Pengalaman hamil kali pertama ini begitu berharga sekali,benar-benar menguji kesabaran dan minda. Bukan aku sahaja yang terasa,malah my hubby yang tersayang juga turut terasa beban yang ku tanggung. Alhamdulilah, kerana my hubby sentiasa memahami keadaan diriku.

Setiap hari perut ku semakin membesar,kadang-kadang tu macam tak percaya ada manusia dalam perut ini. Sungguh takjub betul dengan kejadian yang Allah ciptakan ini, rasa terharu dan bersyukur kerana menjadikan aku sebagai wanita,dapat merasai detik-detik untuk bergelar seorang ibu.

Setiap saat doa ku pohon supaya Allah melindungi anak yang ku kandung ini, memberi kesihatan padanya,mengurniakan anak yang sempurna dan pintar,menjadikan dia anak yang baik dan soleh, insan yang mempunyai akhlak dan budi perkerti yang mulia, diberikan keimanan dan kefasihan padanya untuk membaca al-quran dan hadis.

Pengalaman ketika hamil ini, terlalu sukar untuk ku gambarkan. Perasaan gembira dan takut semuanya bercampur baur.Yang pasti pada Allah aku selalu panjatkan doa,semoga diberi kekuatan untuk menghadapi saat-saat bergelar ibu dan suami sentiasa memberikan sokongan dan semanggat pada ku.