Aku selalu bersabar dalam mencari apa yang aku idam2kan..sesungguh nya Allah telah menetapkan pada setiap insan di muka bumi itu ada pasangan nya..dan kini aku telah menjumpai nya..ku jua memilihnya maka jadi lah aku seorang pembantu nakhoda yang terbaik..aku akan sentiasa bersabar dalam menempuhi ujian ke pelabuhan yang kekal..taat ..setia..pengorbanan ..kasih sayangku yang tidak akan berbelah bagi pada diri nya..bukan saja keredhaan malah dengan pantas aku akan dpt melintasi jambatan api yang sangat di takuti oleh hamba2 Allah..krn aku mengetahui..di dalam neraka jahanam itu terdapat ramai nya bilangan wanita yang derhaka pada suami nya(iktibar)..semoga aku akan menjadi isteri dan ibu yang solehah..Insya Allah...


emm3

RuMaHkU SyUrGaKu






 Cerita ini dimulai dari awal perkenalan kami pada awal tahun 2010. Sebenarnya perkenalan kami hanyalah sebuah perkenalan biasa pada umumnya. Tidak pernah terlintas sedikitpun di fikiran ku untuk menjalinkan satu hubungan yang lebih serius.tapi..bak kata pepatah..aku sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tuhan yg menentukan segalanya. Inilah yang dikatakan ketentuan dari Allah dan ini semua kehendaknya..


SEBUAH PERTEMUAN
Bila aku kenang balik kisah pertemuan kami  aku tersenyum sendiri.. sebab aku sendiri kadang-kadang hanya mampu mengatakan  syukur Alhamdulillah, dipertemukan dengan nya.. sebab sepanjang kisah hidup ku, dalam katagori "CINTA" ni..
walaupun pertemuan ku dengan my hubby tidak seindah seperti yang ku harapkan tapi aku senang bila bersama dengannya dan aku berharap semuanya menjadi awal yang indah..
Siapa sangka di sebalik bibit pertemuan yang bermula dengan sebuah persahabatan dan usikan akhirnya bertamu dengan keindahan yang tidak terduga. Semuanya berlaku begitu cepat..Yelah..dari hanya sekadar kawan lepas tu jadi sepasang kekasih.
Walaupun di awal usia perkenalan kami  sudah terasa seperti bertahun-tahun lamanya  kami saling mengenali diantara satu sama lain ..
pertemuan demi pertemuan telah membuat hati ku mula tertarik dengannya. tingkah laku my hubby... seorang yang happy gud lucky dan really funny person..(suka nyanyi atas motor dengan lirik dan tone spontan ha3..aku lak jadi pendengar setia.)
hati makin tertarik..tapi  sangka dalam diam dia juga sudah jatuh hati dengan ku..

SEBUAH PERTUNANGAN


Pertunangan,menjunjung taat menimba berkat
pertunangan hendaklah dirahsiakan... perkahwinan barulah dihebohkan...
di usia perkenalan kami yang masih terlalu baru,kami mula merancang untuk mengikat sebuah ikatan iaitu ikatan pertunangan, Alhamdulilah setelah semua selesai, semua jelas. Kami sepakat bertunang.
Selain gembira, aku sendiri takut kerana sudah mula melangkah ke alam baru. Takutnya bukan apa, bimbang juga aku tidak mampu menjadi tunang yang terbaik buat dia. Tapi sebagai manusia biasa, aku akan melakukan yang terbaik dalam menghitung hari menjadi bakal isterinya.

Sudah lama aku  menunggu detik dan hari ini, akhirnya ia menjadi kenyataan dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Memilih jalan ini bererti aku sudah bersedia untuk bergelar menjadi isteri, mengimpikan sebuah keluarga dan kehidupan yang lain pula selepas ini.

Ikatan pertunangan ini satu titik permulaan kepada hubungan dan tanggungjawab yang lebih besar. Ia bukan perkara main-main. Soal usia ku yang dilihat masih muda juga bukan alasan untuk aku tidak  memikirkan soal ke arah gerbang perkahwinan.


SEBUAH PERKAWINAN

 Alhamdulillah,ku panjat kesyukuran yang tidak terhingga ke hadirat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Pada 10/12/2010. Aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 3 bulan.. menyatukan dua insan demi mencari kasih Ilahi.Suamiku, Ismail Noordin, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.
Segalanya berlaku terlalu cepat… namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia… Kini aku bergelar isterinya… akan aku abadikan segalanya untuk suamiku… menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya
Aku merasakan kebahagian yang selama ini belum pernah kualami sepanjang kehidupanku. Perkawinan. Ya, perkawinan. Hanya perkawinan, sebuah kata yang  sangat kurindukan yang dulu tidak pernah ada dalam kamus kehidupanku.
moga pernikahan kami mengundang rahmat dan kasih sayang Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminyaIsteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya
Isteri yang sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama. 
Aku hanya seorang isteri...yang menerima setulus hati seorang suami..., Utuh mengenggam janji yang dimeterai..., Untuk bersama melayari bahtera kehidupan
sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak  dapat kugambarkan  betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Terima kasih ya Allah di atas pertemuan ini.Kau telah jadikan pertemuan ini sebagai satu pertemuan yang membawa rahmat dan Kau kekalkanlah pertemuan ini buat selama - lamanya..Amin ya Rabbal Alamin.InsyaAllah
.....................................................................................................................................................................

RUMAHKU SYURGAKU 

Rumah tangga selalu digelar sebagai~syurga dunia~.berjaya menikmati syurga dalam rumah tangga ialah petanda baik untuk dapat menikmati syurga yang abadi di akhirat nanti.aku juga tidak terlepas dari impian dan mimpi ini...
Untuk mencipta syurga rumah tangga,perlulah kembali kepada resepi asasnya.pakej yang dikatakan ialah pakej kebahagian dalam sebuah rumah tangga Islam itu merangkumi 3 perkara;aqidah,syariat dan akhlak.Inilah formulanya..

CARA ATASI KONFLIK
Emm..cakap pasal konflik..tipulah kalau tidak ada konflik langsung dalam sebuah rumah tangga...tapi yang pastinya setiap konflik pasti ada jalan penyelasaiannya..kerana dulu dengan nama Allah aku dan suami ku bernikah,maka kepada Allahlah juga kami merujuk segala masalah sepanjang rumah tangga..
Alhamdulillah..sepanjang melayari rumah tangga ni..tidak ada konflik yang terlalu serius berlaku..selalunya yang buat muka masam tu aku je..tu pun bila bulan mula mengambang..huhuhu..tapi nasib baiklah aku dapat seorang suami yang penyayang,penyabar dan yang paling penting dia memahami ku.

 CINTA KAMI BERLANDASKAN CINTA KEPADA ALLAH
Cinta kami bukanlah satu gurauan atau pun permainan...lahirnya  cinta di antara kami kerana hadirnya cinta Allah di tengah2 kami...itulah sebapnya kami nikah diatas sebap akidah..akidah yang membantu kami untuk berdepan dengan apa juga cabaran,sama ada dalam kekurangan harta benda,perbezaan fikiran,emosi dan sebagainya.
Maksud ku bukan tidak ada masalah langsung..tapi masalah itu senang di selesaikan..kerana kami meletakkan Allah sebagai kuasa pengatur dalam apa juga aktiviti dan perancangan dalam rumah tangga kami..
~~Rumah ku Syurga ku~~Disitulah ada cinta tanpa balasan dan alasan...
Kalau nak tahu macam mana wujudnya kabahagian yang aku kecapi sekarang ini .. nk tahu..jom baca..percaya atau tidak itu hak setiap individu..
Emmm..senang je..hanya tunjukkan kasih sayang setulusnya kepada pasangan.jangan memberi dengan motif menuntut balasan..lagi satu elakkan sifat dalam diri apabila  tidak mendapat balasan mulalah merungut dan menyesal dan sampai pada satu tahap memberhentikan belaian yang pernah diberikan..sebap hubungan kasih sayang sesama suami isteri bukanlah hubungan perniagaan yang mana keuntungan ditagih daripada modal yang diberikan.jangan dikira segala-galanya dalam bentuk angka kerana kasih sayang bukan barang niaga tetapi pemberian ikhlas untuk mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada Allah..
Itulah sebapnya aku dan suami ku memberi secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan.kami memberi kerana benar-benar ingin melaksanakan tanggungjawap dan amanah daripada Allah..huhuhu..kekasih terbaik tidak mengira berapa banyak balasan daripada apa yang telah mereka berikan.Itulah yang dikatakan cinta orang beriman...
Inilah kunci kasih sayang dalam rumah tangga kami...mempraktikkan kasih sayang tanpa syarat dan tanpa balasan atau memberi dan menerima kasih sayang kerana Allah.semuanya berlandaskan Allah..

p/s:Berniatlah berkahwin kerana Allah,kerana itulah pangkal jalan yang dapat disusuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga atau di penghujungnya nanti.

......................................................................................................................................................................
KU PANJAT KESYUKURAN KE ATAS ILAHI

Selautan limpahan syukur yang tidak terucap buat pemilik segala cinta Allah Azza Wajalla,kerana dengan sifat rahman dan rahim-Nya,kami berdua akhirnya diizinkan untuk bersatu di bawah lembayang cinta-Nya melalui akad nikah yang penuh suci dan bersejarah.

Alhamdulillah termetrai sudah ikatan sah mawaddah warrahmah.harap-harap hubungan kami yang terjga sebelum ini disinari dengan mentari ketenangan,kebahagiaan,kelapangan hati dan jiwa dalam melayari bahtera rumah tangga yang kami bina..

Aku sebenarnya sangat takut dan bimbang andai kata kami memasuki gerbang baru ini dalam keadaan diri yang masih terlekat dengan dosa dan noda kering masa lalu.sama ada kami sedar ataupun tidak.tapi aku percaya,titik-titik noda dan dosa zaman silam itu sebenarnya boleh menjadi hijab kepada kemanisan,kebahagiaan kepada rumah tangga kami.

Memasuki alam perkahwinan ini bererti diri ku telah berpindah ke alam yang ditaklukk oleh
pemimpin baru.suami ku diamanahkan sebagai pemimpin dan aku umpama rakyat.ini bermaknah aku telah keluar dari sarang ku yang lama.itulah sebapnya aku kini wajibmenyiapkan diriku untuk kehidupan baru bersama suamiku dengan cara melembutkan jiwa dan perasaan ku.

Aku sedar betapa berat dan besarnya peranan suami ku terhadap ku,begitu juga besarnya tugas dan tanggungjawap seorangisteri kepada suaminya.

Moga-moga Allah SWT merahmati detik-detik kami menganyam cinta di  tikar hari-hari bahagia seterusnya dan memberkhati bilah-bilah usia rumah tangga kami.InsyaAllah...

.....................................................................................................................................................................
ME AND HUBBY